Tekanan pekerjaan

Tekanan pekerjaan ialah tekanan yang berpunca daripada atau melibatkan pekerjaan. Tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi, merupakan satu faktor penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan sesorang pekerja. Bidang ini telah mula dikaji oleh penyelidik-penyelidik sejak lebih 100 tahun yang lalu. Menurut satu kajian, hamper 35 peratus pekerja mengatakan pekerjaan mereka menggugat emosi dan kesihatan mereka, manakalah 42 peratus pula menyimpulkan bahawa tekanan pekerjaan menjadi masalah peribadi mereka.[perlu rujukan]Tekanan merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan daripada sosial, suasana pekerjaan, ganjaran yang tidak mencukupi, gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya. Selain itu juga ada juga tekanan positif yang dikenali sebagai eustres, yang bermaksud tekanan dialami secara sederhana dan mampu memotivasikan individu untuk mencapai matlamat dan berjaya dalam usaha yang dilaksanakan.